Wednesday 3 October 2012

Songket 4

Cepat..cepat stock samping masih ada lagi...
 post signature

Tuesday 2 October 2012

Dihubungi

Sebarang Pertanyaan boleh emailkan :

sofea.songket@gmail.com

atau

Menulis di ruangan komen di bawah :)


Harga bagi 1 unit kain Songket : RM400.00 (termasuk Pos ke seluruh Malaysia)

Setelah Pembayaran di buat, perlu disertakan:

1. Masa dan tarikh pembayaran

2. References number (maybank2u)

3. Nama 

4. Alamat

5. No.tel

Nombor acc. akan diberi kepada pelanggan yang betul2 ingin membeli. 
Tempoh yang ditetapkan untuk membuat bayaran setelah menempah ialah 24jam.
Kami lebih mengutamakan siapa yang membuat pembayaran penuh untuk mendapatkan barangan tersebut. Prinsip "siapa cepat dia yang dapat" :)

Sekian, Terima kasih.

Songket 3

Songket Asli Terengganu dan diusahakan secara kecil-kecilan di rumah.. Homemade Songket, kualiti dijaga...

F. Soft Purple(tenunan menggunakan benang bewarna)

G. Soft Orange(tenunan menggunakan benang bewarna)

                                        H. Soft pink                         I. Soft green
 (tenunan menggunakan benang bewarna)

                    Kesemua Songket ini berharga RM400.00 (termasuk Pos - Malaysia)
Cepat..Cepat...siapa cepat dia dapat...

Songket 2

Songket Asli buatan Terengganu.. Homemade Songket ..

A. Dark Blue (tenunan menggunakan benang bewarna)

B. Black 1(tenunan menggunakan benang bewarna)

C. Black 2(tenunan menggunakan benang bewarna)

D. Black 3

E. Dark Green(tenunan menggunakan benang bewarna)

Kesemua Songket ini berharga RM400.00 (termasuk pos - Malaysia) sahaja..
cepat..cepat siapa cepat die dapat...

Songket 1

homemade Songket Asli Terengganu 
Cepat..Cepat..Cepat...

Sunday 30 September 2012

Teknik Pembuatan Kain Songket


Mewarna Benang
Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.
Menerai Benang
Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.
Menganing
Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.
Menggulung
Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).
Menyapuk
Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.
Menggarat
Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.
Menyongket
Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.
Menekat
Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.
Menenun
Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Tentang Songket

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.
Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.