Mewarna Benang
Benang untuk tenunan terdiri
daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang
emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan
benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata.
Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang
tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.
|
Menerai Benang
Benang diceraikan daripada
tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan
dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.
|
Menganing
Benang yang telah dileraikan atau
dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang
yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.
|
Menggulung
Benang yang telah dianian digulung
mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki
pada papan gulung).
|
Menyapuk
Benang yang digulung dimasukkan
menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian
depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis
alat dipanggil pengait.
|
Menggarat
Proses ini dilakukan dengan
gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih
berganti apabila jijak karat ditekan.
|
Menyongket
Kerja-kerja menyongket dilakukan
dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.
|
Menekat
Proses menekat ini dilakukan dalam
dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan
lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan
menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini
dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.
|
Menenun
Tenunan dilakukan dengan
menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang
saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan
benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah
menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.
|
Sunday, 30 September 2012
Teknik Pembuatan Kain Songket
Tentang Songket
Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang
diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi
menarik.
Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.
Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah
menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula
berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai
pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga
turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai
gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)